Monday, July 18, 2011

Nk MaRaH LageY keR??

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau.Dia satu2nya mangsa kapal karam yg terselamat dan msih hidup.Apabila menyedari bahawa hanya seoarang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.Disamping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yang bagai tidak berpenghujung itu dgn harapn ada kapal yg lalu dan dpt menyelamatkannya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok kecil di tepi pntai sebagai tmpat berteduh.Suatu hari dia meredah hutan untuk mencari sumber makann.Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus.Lelaki tersebut terduduk merenung nasibnya yang malang.Dia mula mempersoalkn takdir malang yg menimpanya."kenapa ak?kenapa Allah menguji ak sampai tahap ini?kenapa aku?"

Petang itu,sedang dia berehat di bawah sepohon pokok,dia ternampak sebuah kapal dari jauh seoalah-olah menuju ke pulau itu.Jelaslah kapal itu mmg menuju ke pulau itu.

Akhirnya lelaki itu diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makann.Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau itu.Dia bertanya kpd kapten kapal itu:" Macam mana tuan tahu ada oarang tersadai di pulau tu?"Kapten kapal itu menjawab:Kami nampak asap dr pulau ini.Sebab tu kami menukar laluan ke sini kerana mungkin ada seseoarang yang memerlukan bantuan."

MORALNYA: JANGAN SEKALI2 MEMPERSOALKAN APA YG TELAH ALLAH TETAPKAN TUK KITA.ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YG TERBAIK TUK HAMBA-HAMBANYA.BOLEH JADI SESUATU YANG KTE PNDANG SEBAGAI MUSIBAH PADA HARI INI MERUPAKAN SESUATU YG MEMBERI KEUNTUNGN DI KEMUDIAN HARI...