Sunday, August 28, 2011

meRdeKa@SyaWaL

tup tap tup tap....
da nak merdeka... :P
raya pown sekali... huhuhu....2hari lagey pose.... 3hari lagey nk merdeka...
saat2 yg ditggu oley semua umat islam iaitu bulan syawal.... ahahha
kalu dulu akan datang lahhh budak2 kecik kat umah2 jiran di kampong.. mereka datang beraya untuk meminta duit raya... :P 20 sen pown da bagus da... kedengaran bunyi2 mercun sana sini.... meriam sana sini... lawan kampng seberang laaa....
tapi skg????
budak pown segan nk ge raya umah org... lagey pown lepak kat umah tgk astro bnyk glerr citer best2 KOWT... ahahahaha.... lau ada ygg beraya tuh.. bge 5 ringgt pown still cakap org kedekut... siot jerk.. :) bunyi mercun pown xder arr bnyk sagt... tapi surat kabar sana sini semua citer pasal tgn kudung maen mercun arr... jari ilang sbb x sempat baling arr... buta sbb mercun buataN sendiri arr... haaaaiiiiissshhh..... x paham tolll arr skg....
bulan ogos yg ditunggu2.....
dulu masuk jerk 1 ogos... bendera malysia berkibar kat umah ker... kat atas kereta laa.... kat pejabat laa... memg terasa begitu semagat arr....masa nk tunggu detik 12 tuh... mat rempit bwak bendera malaysia kibar sana sini... pastu tgk org berkawad laaa... mmg best...
skg x dah mcm tuh.... skg nak letak bendera kat umah pown mls... alsan nyer xder masa laaa bzzy sgt keja... siap ada yg suh org len sponsor sehelai bendera... teruk daa sekg... ada aku tgk tuh... bendera sampai da tinggl garisan putih merah jerk.. tuh ponda ilang warna da.... haissshhh... 10 taun sekali tukar... cam sial... org punyer sayng bendera malaysia... di wat maen2 lak... haaiiissshhh.... time kawad... x ramai da... hurrmm... ramai yg sanggup lepak kat umah tgk tb jerk... sedangkan citer kat tb tuh ulang2 jerk.. :(

MUNGKIN SATU HARI NANTI KITA AKAN BERUBAH.... AMIN.....

Monday, August 8, 2011

tEraWih


huHhhh,,,,, bila solat terawih sampai ari neyh mmg best... adakalanyer aku ponteng... :P
tapi bersyukuer lah sebb dalam 8 hari neyh faiz, syed ngan aku maseh sempurna lage puasnyer...
yg len tuh x lak aku tanya.. bukan x nk tnya tapi diorg bzy bagai....
semua sebuk hal masing2... mana nk layan 22_seGment yg da setaun neyh kan... ahahha... tinggl lage 22 hari lagey pose neyh.... rugi laa kalau x berubah time bulan pose neyh... pahala berganda... walaupun tau kita akan kembali ke tabiat asal bila masuk bulan aidilfitri t.... atleast kita da cuba berubah kan... :P SEMOGA 22_seGment akan terus menjalar kehadapan walaupun bnyak halangan akan ditempohi time bulan pose neyh... heee~

Friday, August 5, 2011

taZkiRah RaMadHaN


Seorang lelaki British dtg kpd seorang Muslim dan bertanya, “Kenapa wanita Islam x dibenarkan berjabat tangan lelaki?”
Muslim itu bertanya kembali, “Bolehkah kamu bersalam dengan Queen Elizabeth?” Lelaki itu menjawab, “Sudah tentu tidak, hanya org tertentu sahaja dibenarkan utk bersalam Queen Elizabeth.”
Muslim itu tersenyum lalu berkata. “Wanita muslim adalah ratu dan ratu tidak bersalam dengan lelaki asing."

Thursday, August 4, 2011

Fadhilat Ramadhan 02



Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah dan Baihaqi)

Sumber: Kitab Fadhilat Ramadhan/ Fadhilat Amal
Karangan: Sheikul Hadith Maulana Zakaria rah.a

Fadhilat Ramadhan 01


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.
1.Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
2.Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.
3.Allah mempersiapkan serta menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu".
4.Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
5.Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.
Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Sumber: Kitab Fadhilat Ramadhan/ Fadhilat Amal
Karangan: Sheikul Hadith Maulana Zakaria rah.a

peristiwa b4 pose

ari tuh before pose... aku lepak ngan syed... saje2 dtg umah dier.... ajak ge minum.. sbb nyer aku nk tggu member aku dtg dari kl... ahahha... kelakar bila syed naek motor.. terasa janggal nyer... :)
lepak kat kedai mamak im8... alang2 lepak tuh.. tgk bola terus... :P darim kol 11 sampai kol 2 page lepak kat kedai tuh... minum air sorg secawan jerk.. ahahha... mmg bgs laaa....
masa balek dari kedai tuh.. lepak umah syed jap... sbb hujan... lama x usha syed maen gitar... ahahha..... sampai kol 3 lbh lepak umah syed... ahahha.. dipenuhi dgn gigitan nyamuk yg bnyk... ahahha... syed lek jerk... da biasa katakan... :P

Tuesday, August 2, 2011

pUAsE Di RumAH sENdIRi

selamat berpose semua umat islam...
di bulan ramadhan neyh kita perlu tanbahkan pahala kerna syaitan2 dan iblis2 telah pown dirantai di neraka.. kita hanya perlu mengawal nafsu kita jerk...
JGN MEMANDANG RENDAH PADA NAFSU
11bln syaitan telah melatih nafsu supaya dpt menyesatkan umat adam dlm masa satu bulan neyh...

syaitan mengaku bahawa ALLAH SWT adalah tuhan mereka...cuma ingkar satu arahan jerk iaitu tidak sujud pada nabi Adam...

nafsu pula tidak mengaku ALLAH SWT sebagai tuhan mereka sehinggakan duduk di neraka 100ribu tahun pun dier still berkeras... setelah 100ribu tahun ALLAH SWT x memberi mkan padanya..barulah nafsu mengaku ALLAH SWT sebagai tuhan mereka...

kesimpulannyer nafsu hanya boley dikawal bila kita berpuasa jerk... persoalannyer????
mengapa umat sekang maseh begitu mengikut nafsu walaupun dalam keadaan berpuasa???

jawpannyer begitu mudah... iaitu mereka hanya berpuasa berlapar dan dehaga dari segi makan dan minum jerk... maksudyer... mereka hanaya berpuasa tetapi tidak menunaikan solat 5 waktu tuh...

1)mengucap dua kalimah syahadah..
2)SOLAT 5 WAKTU
3)PUASA
so, solat dulu baru puasa kan...
:p SO, SELAMAT BERPUASA PENUH YERK TAHUN NEYH~~~~
(WALAUPON TAUN PEREMPUAN XKAN PUASA PENUH...) HUAHUAHUA... :D